Sep 23, 2011

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah . Kerana benih seorang lelaki , kita ini tersenyawa , dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia .

Kerana benih seorang lelaki , kita ini ditiupkan jiwa , menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa .

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta , kita wanita , kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki , tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki .

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki , bukan dekat kepala untuk dijunjungi , bukan dekat bahu untuk membebani , bukan dekat lengan untuk dijulangi , bukan dekat jari untuk disakiti , bukan dekat pinggul untuk dihenyaki , bukan dekat lutut untuk ditindihi , bukan dekat kaki untuk ditunggangi , tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia , disayangi dan dicintai .

Andai lelaki itu burung yang terbang , kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya .

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi , maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata .

Kita mahu menjadi bunga , menghias sayapnya . Kita mahu terus bersama-sama , terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka , sehingga jalannya yang paling hujung , sehingga kita tua , rapuh dan mati .

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya , semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik .. InsyaAllah ...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.